Tuesday, June 3, 2008

5 CARA MEMILIH SAHABAT

Assalamualaikum w.b.t..
Semoga sahabat2 sentiasa sihat dibawah rahmatNya.Dah lama xupdate blog ni.Bkn xdak masa..tp buat2 xdak masa.Banyak sebenarnya yang kita blh kongsi sama2,cuma atas kerajinan & rasa tanggungjawab untuk terus mengupdate blog ni.Masih ada sebulan cuti..nasihat untuk diri ini&sahabat2 yg lain,smg dapat memanfaatkan cuti ni sebaik mungkin.xkisah la nak study ka(bg yg rajin & pulun la),nk melancong ka,nak buang masa ka atau bersama family.Ok,kepada senior2 yg dh dpt kerja mabruk alaik.

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana pesanan Al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya :

Pertama: Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan...
Kedua: Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga: Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.
Keempat: Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
Kelima: Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan bersama-sama sahabat yang mulia.

Sumber:Raudhah.com

Friday, May 16, 2008

Petua Mencantikkan Wajah

Apa yg mencantikkan wajah?Al-Ahnaf Bin Qais merupakan salah seorang ulama yg terkenal di zamannya. Suatu hari seorang pemuda dari suku kaum Tai’yi berkunjung ke rumahnya. Rumah Al-Ahnaf memang sentiasa dikunjungi oleh orang ramai terutamanya anak-anak murid dan sahabat handainya. Mereka yg datang itu adalah utk tujuan belajar dan menuntut ilmu dari beliau. Bagaimanapun, kedatangan pemuda dari suku Tai’yi ini amatlah menarik perhatian Al-Ahnaf. Ahnaf mendapati pemuda ini sangat segak dan tampan, berbeza dari pemuda yg sebaya dengannya. Lalu Ahnaf pun bertanya, “Wahai anak muda! Adakah kamu menghiasi wajahmu dengan sesuatu?” Jawab pemuda tersebut, “Memang benar, saya ada menghiasi wajah saya dengan sesuatu iaitu jika saya bercakap saya tidak pernah bercakap bohong. Kalau ada orang yg sedang bercakap, saya hanya duduk diam dan mendengar. Jika saya berjanji, saya akan tepati janji itu, dan jika saya diberikan sesuatu amanah, saya tidak akan mengkhianatinya.” Mendengar jawapan yg benas itu, maka berkatalah Al-Ahnaf, “Benar kata-katamu itu wahai anak muda. Sungguh engkau telah menghiasi dirimu dengan akhlak yg mulia

Ehm...apa yg terzahir secara jasmani sebenarnya adalah terpancar dari rohani kita... sekiranya rohani kita baik...insyaAllah, jasmani kita pun baik juga...Sekadar peringatan untuk diri sendiri juga...

Selamat Hari Guru

Sempena Hari Guru ni nak ucapkan berjutaan terima kasih kepada semua pendidik yang pernah mendidik diri ini dari kecik sampai sekarang dan akan datang.Sama ada secara langsung @ tak langsung. Terutamanya guru2 Maktab Mahmud Alor Setar putera&puteri yang banyak mencurahkan mutiara2 ilmu yang berguna.Ya ALLAH,kalau diberi kesempatan..rasa macam nak terus ja belajaq kat situ sampai tua.Rindunya pembelajaran kat sana..Semoga ILMU yang diberikan dapat dicurahkan kepada bakal anak2 didikku kelak.InsyaAllah bakal cikgu.Ya..masih berpegang kepada cita2 untuk menjadi guru di sekolah tercinta,InsyaALLAH.Harap2 nanti dapat posting kat Maahad.Semoga diri ini terus istiqomah dengan jalan yang telah dipilih ini..

Pesan pada diri untuk kuat:-
“Kejayaan hakiki dalam menuntut ilmu adalah keberkatan dari pemilik ilmu tersebut.Bukti keberkatan itu adalah bilamana seseorang berjaya mempraktikkannya dalam kehidupan seharian.Maka,berhasillah ilmu itu sebagai nur,pembimbing manusia menemui jalan kebenaran.Adapun natijah bertulis hanyalah penilaian kecil yang tidak harus diperkecil.Justeru,jadilah penuntut ilmu yang cemerlang lagi terbaik dari segenap aspek!”

-Kata2 yg kat atas ni diambil dr blog seorg ukht..Sgt bermakna kata2nya.

Sunday, May 11, 2008

Kenapa Allah Lebih CINTA Orang Muda yg berTAUBAT berbanding orang tua???

Bismillahir rahman nirrahim...Orang yang bertaubat ialah orang yang sedar akan kesalahannya, lalu mengadu kepada Allah dengan memohon keampunan. Manusia tidak sunyi daripada melakukan salah dan silap, maka perlu sentiasa memperbaharui taubat kepada Allah. Allah yang sifatnya Maha Penerima Taubat sentiasa menunggu permohonan taubat daripadahamba-Nya. Maha bijaksana Allah mendidik hamba-Nya yang berusia muda agar gemar bertaubat, tidak menunggu usia tua kerana usia muda tidak menjamin seseorang untuk hidup lebih lama.Orang yang bijak itu ialah orang yang sentiasa mengingati hal kematian dan berusaha untuk menyediakan bekalan untuknya. Sesungguhnya, Allah Maha Berkuasa menjemput orang yang muda kembali kepada-Nya pada bila-bila masa mengikut ketentuan-Nya.Orang muda tidak dapat dinafikan mudah terdorong mengikut hawa nafsu yang merosak dan perkara maksiat. Ajakan hawa nafsu dan pengaruh persekitaran banyak membawa anak-anak muda ke arah keseronokan hidup di dunia semata-mata tanpa mengambil berat cara dan akibat perbuatan mereka daripada sudut pandangan agama. Agak sukar menemui orang muda yang memiliki ketekunan beribadah dan benar-benar beramal soleh.Oleh sebab itulah, Allah lebih menyintai orang muda yang bertaubat kerana kalau orang tua yang bertaubat, itu sudah menjadi sepatutnya dia berbuat demikian. Orang muda yang bertaubat sangat dicintai Allah kerana sejak usia muda sudah berusaha membersihkan diri dan mempunyai kesedaran yang mendalam untuk menjadi orang yang salih dan dekat dengan Allah.Ini juga tanda keteguhan iman ke atas kekuasaan Allah yang berhak mengambil nyawa hamba-hambaNya pada bila-bila masa.ALLAH berfirman yang maksudnya:Dan berbuat baiklah kerana sesungguhnya Allah menyukai (menyintai) orang-orang yang berbuat baik. (al-Baqarah: 195)Daripada ayat di atas, jelas bahawa Allah kasih kepada orang yang melakukan kebaikan. Orang yang baik, maknanya akhlak dan tingkah lakunya baik. Dia akan melakukan yang baik-baik sahaja kerana dia sedar bahawa hidup ini adalah kesempatan untuk mengumpul kebaikan. Dengan kebaikan itu, maka turunlah rahmat Allah. Alangkah baiknya jika kita mendapat kasih sayang Allah.Dalam sat hadis qudsi, Allah berfirman yang maksudnya:Aku cinta kepada tiga jenis manusia. Tapi, aku lebih cinta kepada tiga jenis manusia lainnya, iaitu: Aku cintakan orang yang bersifat pemurah, tapi aku lebih cinta lagi orang miskin yang pemurah. Aku cintakan orang yang rendah hati tapi aku lebih cintakan orang kaya yang rendah hati. Aku cintakan orang yang bertaubat tapi aku lebih cinta lagi orang muda yang bertaubat.Sesungguhnya, Allah masih membuka peluang seluas-luasnya kepada hamba-Nya untukbertaubat siang dan malam iaitu sebelum matahari terbit di sebelah barat (kiamat) dan sebelum nyawa sampai di kerongkong, di mana pada waktu itu pintu taubat sudah pun tertutup.Sumber;Diari Islamiah 2005 (1425-1426 Hijrah)Editor: Yujeffry YusoffPublisher: Sterling Crown

BANYAK BERZIKIR HATI TENTERAM

Pengertian zikir adalah mengingat Allah atau menyebut Allah. Jika seandainya kita selalu berzikir, sudah tentu kita selalu menyebut dan mengingati Allah.Ketahuilah bahawa dalam Al-Quran banyak ayat yang menganjurkan supaya sentiasa berzikir kepada Allah seperti tertera dalam surah Al-Baqarah ayat 152 yang membawa maksud "Maka berzikirlah kamu akan Aku supaya Aku menyebut akan kamu dan syukurilah olehmu akan Aku dan jangan kamu ingkari akan (nikmat Ku)"Dalam surah Al- Anfaaal ayat 45 turut membawa Maksud: "Ucapkanlah olehmu akan Allah dengan sebutan yang banyak supaya kamu beroleh kemenangan" Juga dinyatakan dalam surah Ar-ra'du ayat 28 yang membawa maksud: "Orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan zikrullah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram"Manakala Rasulullah pula bersabda: "Tidak duduk satu jamaah mengucapkan zikrullah, melainkan (di tempat itu) sudah dikelilingi malaikat yang dipenuhi rahmat dan diturunkan kepada mereka sakinah atau ketenangan hati".Perlu diketahui pula jika sesaorang yang tidak pernah berfikir dan mengingati Allah, maka Allah akan menurunkan syaitan sebagai teman dalam hidupnya. Allah berfirman dalam Al-Quran surah Al-Araf ayat 204 bermaksud: "Barang siapa yang berpaling akan zikir kepada Allah, maka kami turunkan kepadanya syaitan yang terus menerus menjadi kawan seiring baginya".Dengan demikian bertapa hikmah daripada zikir itu, disamping mendapat pahala daripada Allah. Bagi yang membaca hatinya akan menjadi tenteram dan penuh sakinah dalam kehidupannya.